About Us E-mail

Restoran Cerana pada asalnya adalah sebuah kawasan paya yang di kelilingi hutan rimba terletak berhampiran Jabatan Perhutanan Selangor Tengah. Ia terletak di belakang Stesen Minyak Batu 7 di Lebuhraya Cheras Kajang.

 En Mohd Kamal bin Dato' Hj Lope seorang usahawan berfikir kawasan paya ini berpotensi untuk didirikan sebuah restoran terapung di atas air. Langkah pertama yang di ambil ialah menyiapkan satu empangan agar air paya dapat bertakung. Kerja-kerja pembinaan mula dilakukan pada awal bulan June 1999 yang memakan masa setahun untuk disiapkan. Dengan atap yang berbentuk limas berbingkaikan kayu dan penanaman pokok-pokok spesis hutan di sekeliling mewujudkan sebuah restoran yang berkonsepkan sebuah resort dalam suasana rimba. Air terjun bertingkat buatan manusia dengan 3 empangan telah menghasilkan desiran air yang sunnguh menarik.

En Mohd Kamal adalah seorang yang berasal dari Sabak Bernam, sebuah perkampungan nelayan di mana ikan dan makanan laut segar mudah di perolehi. Ini telah mencetuskan ilham kepada beliau untuk menjadikan makanan laut sebagai menu utama Restoran Cerana.

Nama Cerana di ambil dari sebuah alat untuk melengkapkan perkahwinan iaitu "tepak sirih".  Pemilihan nama ini dianggap bersesuaian dengan konsep  restoran yang menekankan suasana nusantara yang digabungkan dengan keindahan alam semulajadi. Imej dan konsep klasik itu ditonjolkan melalui hiasan dalaman dan lanskap yang dibina. Tiada siapa menyangka di sebalik sebuah stesen minyak tersergam sebuah restoran yang indah dan mengasyikan. Restoran Cerana yang berkonsepkan 'santai ala resort' ini nyata memukau sesiapa saja yang berkunjung. Selangkah berada dalam restoran mata suda dijamu dengan rimbunan pepohon yang mendamaikan, begitu juga dengan himpunan bunga orkid disegenap ruang manambah seri suasana. Dengan keunggulan rekabentuk tradisional kemelayuan, disandingkan pula dengan jenama klasik kemelayuan yang digunakan sejak 100 tahun yang lampau, maka tersergam indahlah di atas lautan tasik yang di beri nama Restoran Cerana pada 14 Julai 2000.

Kapasiti pada awalnya hanya mampu memuatkan seramai 300 orang pada satu-satu masa. Dengan keluasan ini, Restoran Cerana mula menjadi pilihan syarikat-syarikat korporat,  bank-bank tempatan dan pelangan mengadakan jamuan tahunan dan pelbagai jenis majlis. Bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dan keselesaan pelangan, pihak pengurusan telah merancang untuk menambah keluasan dan kapasiti restoran. Bangunan sedia ada telah diluluskan penambahan dari pihak pengurusan yang diberi nama Anjung Cerana. Pada awal April 2003, pembinaan struktur dan pengeringan tasik telah di mulakan. Dalam jangkamasa hampir 8 bulan, maka terbinalah 2 verandah yang diberi nama Balai Cerana Klasik dan Anjung Sri Cerana yang mempunyai kapasiti untuk memuatkan hampir 350 tempat duduk.

Beberapa unit gazebo telah di tambah bagi mencantikan keindahan keadaan sekeliling. Spesis pokok hutan di tanam bagi menyemarakan suasana kehijauan rimba. Dekorasi dan hiasan ala tropika diwujudkan menjadikan suasana cukup unik dan menarik. Pengunaan rotan yang di buang kulitnya, diikat di setiap tiang seri dan dibiarkan menjalar seolah-olah seperti dedaun hutan yang berpaut di dahan pokok. Pentas di bina bagi memberikan hiburan kepada pengunjung sambil menikmati hidangan yang disediakan. Artis silih berganti telah diberi peluang untuk menghiburkan pelangan di sini. Restoran Cerana juga pernah dipilih unruk menjayakan program Jalan-jalan Cari Makan dari TV3.

 Matlamat Restoran Cerana pada masa akan datang adalah untuk memastikan Cerana menjadi restoran yang paling unik dari segi keindahan suasana dan yang paling utama ialah citarasa hidangan dan masakan semestinya sedap dan enak. Inilah motto Restoran Cerana, "Ringkas tapi Enak" (Simple but Tasty), sejurus itu menjadi restoran yang paling popular dan ternama di Lembah Kelang khususnya dan Malaysia amnya.

Untuk merasai kelainan dalam kehidupan seharian anda, berkunjunglah ke Restoran Cerana.

 
< Prev